Posts

Showing posts from May, 2018

ARTIKEL: NIAT DAN KEPENTINGAN DAKWAH

NIAT DAN KEPENTINGAN DAKWAH terdetiknya baik bukannya sia Akan yang buruk itu benar tidak dikira Kerna cinta sang pencipta Menunjukkan kasih tiada tara Telah bersabda Baginda tercinta Rasulullah S.A.W  “Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat “ hadis ini jelas menunjukkan bahawa setiap amalan perbuatan itu disertai dengan niat  yang hanya diketahui oleh si pembuat dan ALLAH sahaja samada baik atau buruk niat nya di dalam melakukan sesuatu perbuatan. Manakala dakwah umumnya diketahui ialah sesuatu pekerjaan yang mengajak seseorang individu atau sekumpulan individu kearah keagamaan dan ingin saya tegaskan di sini bahawa maksud sebenar- benar dakwah ialah mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, maka apakah kaitan niat dan kepentingan dakwah?        Perkaitan yang paling rapat ialah apabila kita melakukan kerja dakwah ini memerlukan kita agar sentiasa memperbaharui niat kita yang sewajarnya iaitu mengajak kepada kebaikan serta mencegah kepada kemungkaran